Monday 3 October 2016

IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SECARA BERETIKA

Teknologi maklumat merupakan teknologi yang telah banyak merubah hidup manusia. Teknologi pada dasarnya dalah untuk memudahkan sesuatu. Jika teknologi ini digunakan dengan niat yang betul maka akan membawa manfaat dan kesejahteraan hidup, tetapi jika disalahgunakan maka akan membawa kepada perkara-perkara yang sia-sia dan yang merugikan.

Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai banyak kelebihannya, antaranya kita boleh memperolehi ilmu dan maklumat dengan mudah dan cepat. 

Selain itu, kita juga boleh berhubung antara satu sama lain, melakukan tranksaksi perbankan, membuat pembayaran seperti membayar bil-bil dan banyak lagi kemudahan yang boleh kita dapat melalui internet. Melihat kepada manfaat teknologi maklumat, kita hendaklah celik dan peka terhadap penggunaannya kerana kemudahan tersebut menawarkan maklumat dan ilmu yang sangat banyak dan Islam sememangnya juga menghendaki umatnya untuk sentiasa menimba dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

Amat beruntung kita  pada masa kini, kerana dengan adanya perkembangan internet segala maklumat dan komunikasi dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan jimat. Namun kita perlu sedar juga bahawa perkembangan tersebut turut membawa perubahan kepada hidup kita, seperti cara bersosial, berkomunikasi dan sebagainya.

 Selain itu, kita hendaklah juga sentiasa berwaspada dan berhati- hati terdapat pihak yang sentiasa cuba untuk merosakkan akhlak dan minda serta akidah umat Islam. Kita sebagai ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat wajib melindungi kanak-kanak dengan sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka akan etika ketika melayari internet.

Pada masa kini teknologi maklumat membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan.






No comments:

Post a Comment