Monday 3 October 2016

ISU-ISU PENCIPTAAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.  Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai tempat menyebarkan fitnah

Kemudahan  teknologi maklumat sering disalahgunakan oleh masyarakat untuk kepentingan peribadinya sendiri. Gejala ini sering dikaitkan dengan penyebaran fitnah oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar dengan  menggunakan  laman web internet, sms, dan media cetak yang lain. Hal ini melanggar  etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara.

Fitnah ialah niat,kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tidak bersalah. Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkra-perkara yag diperkatakannya itu benar. Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan iri hati,kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor atau hati yng sakit. Jueteru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik dan dosa besar dalam islam kerana boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghalangnya daripada berbuat kebajikan. Firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 6 :









"wahai orang-orang yang beriman! jika seseorang yang fasik datang kepada-mu mmbawa suatu berita, maka telitilah  kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kobodohan,yang akhirnya membawa kepada penyesalan"

Bagi menjaga, memelihara agama dan maruah agar tidak dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengikut kepada prinsip syariah islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan yang utama agar tidak terkeluar dari landasan agama adalah Rabbaniyyah (ketuhanan), syariah islam adalah ciptaan Allah SWT , segala peraturan dan hukuman yang terkandung di dalamnya menepati kehendak dan fitrah semulajadi manusia kerana manusia adalah ciptaan Allah SWT  dan Allah sahaja yang mengetahui keperluan manusia diatas muka bumi ini. Oleh itu, kita sebagai hambanya hendaklah mematuhi syariat Allah SWT,jadi apa sahaja yang manusia lakukan samada dari sudut ekonomi, sosial, sains dan teknologi dan lain-lain, ianya mestilah tertakluk  kepada kehendak syariah  islamiah.

Selain itu, peranan syariah islamiah dalam sains dan teknologi, memelihara agama adalah peranan utama syariah islam untuk memelihara nilai agama serta perlaksanaannya. Sebarang elmen yang boleh menggugat kesucian agama hendaklah dicegah sebelum ianya berlaku. Andaikata sudah berlaku,maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan.
 Penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar kerana ia memberi kesan yang sangat dalam terhadap seseorang individu tersebut. Maka dengan itu, dalam syariat islam telah ditetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia, kerana tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar. Hal ini kerana untuk menjaga dan melindungi maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya terjamin. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Fitnah itu lebih dasyat dari pembunuhan/fitnah itu lebih besar dari pembunuhan”.
(Al- Baqarah,ayat 191 dan 217)


      

2. Memusnahkan alam sekitar

Kini, ciptaan teknologi maklumat  yang canggih, hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah kita terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar.

 Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, ia akan mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuclear.

Masa kini kawalan terhadap bahan radioaktif amat longgar memandangkan amalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak dapat menandingi bom nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan.

Oleh itu, dalam peranan syariah islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan adalah satu-satunya manhaj atau jalan yang benar dan lurus. Manhaj yang dapat mengawal manusia daripada tergelincir dan terseleweng. Syariah menjadi panduan dalam segala kegiatan manusia termasuklah dalam segala aktiviti sains dan teknologi. Antara peranan syariah untuk menjaga lima perkara asas yang menjadi tunjang bagi kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iatitu memelihara nyawa, nyawa manusia milik mutlak Allah yang wajib dihargai dan disyukuri. Sebarang tindakan membunuh, samada diri sendiri atau orang lain adalah haram kecuali membunuh atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh dibawah kes qisas(membunuh orang yang murtad,rejam dsb).



Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 151









                                                                   “katakanlah (Muhammad), “Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu. Jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun, berbuat baik kepada ibu bapa, janganlah membunuh anak-anakmu kerana miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, sama ada yang terlihat mahupun yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintah kepadamu agar kamu mengerti."




3. Berlakunya jenayah siber

Penciptaan dan penggunaan teknologi maklumat telah memberi banyak kemudahan kepada manusia, namun ia mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat pada masa kini  . Semakin maju teknologi maklumat, semakin meningkat jenayah siber yang berlaku.

Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber,pencerobohan maklumat  dan sebagainya. Penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman dari anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

Firman Allah SWT dalam  Surah Al-Rum ayat-41:


 





                                                                      "Terlihat kerosakan  di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan  tangan manusia,Allah mahu mereka merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"




4. Membuang masa


Keseronokan melayari laman sosial seperti  Facebook,Twitter  dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang itu banyak menghabiskan waktu dengan begitu sahaja. Antara kesan paling ketara adalah terhadap pelajar, kerana apabila adanya teknologi maklumat seperti  ini mereka mudah leka,  yang mana mereka  mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Asr ayat 1-3 









Maksudnya : Demi masa. Sesungguhnya manusia 
itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


Imam As-syafi’I berkata: ”seandainya manusia benar-benar memahami surah ini,nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.” seperti apa yang telah kita ketahui,masa itu  sangat penting buat manusia,kerana Allah Yang Maha Agung telah berfirman sebegitu,Rasul-Nya juga telah berkata sebegitu.


No comments:

Post a Comment