Monday 3 October 2016

RUMUSAN



Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, telah menjadi satu keperluan bagi setiap orang diatas bumi ini. Teknologi maklumat telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat kita menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Manusia yang tidak mengutamakan teknologi maklumat akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. 


Oleh itu,umat Islam harus memberi perhatian yang terhadap ilmu teknologi maklumat dan bukannya sekadar boleh menaip menggunakan komputer, melayari internet atau bermain permainan video sahaja malah ianya boleh diperluaskan lagi hingga ke tahap penyelidikan dan penghasilan teknologi itu sendiri tanpa perlu menggadaikan aqidah dan syariat Islamiyyah.

No comments:

Post a Comment