Monday 3 October 2016

PENDAHULUAN

Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun,ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan penelitian tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. 


Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai banyak kepentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. 



Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia sering tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut peranan-peranan yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi mengundang kepada kemudaratan jika batas-batas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa yang telah Islam kemukakan. 



No comments:

Post a Comment